Bertemu kembali...
Hari ini berpeluang lagi untuk menulis. Duit boleh dicari.. pengalaman tak boleh dibeli.. Indahnya kehidupan!! terlalu banyak rahsia alam yang cukup indah dan masih belum diterokai. Moga diizinkanNya untuk bertapak lama di sini. Amin..
Bila berada di sekitar kawasan ini, jelas ketenangan yang dirasai oleh John. Jauh di sudut hati, memang teringin sekali untuk bersara awal dengan kewangan yang kukuh dan menghabiskan sisa hidup bersama yang tersayang dan memberi sumbangan kepada komuniti sekeliling. Hidup kita terlalu singkat. berkejaran ke sana ke mari, tenggelam dengan kesibukan bekerja dan mengejar kewangan yang belum tentu mencukupi. Penat dan lelah bila memikirkan apa yang dilalui sebelum ini. Semoga impian ini tercapai.
Jom kita sambung kisah di Toft, Cambridge.. biarlah gambar berbicara diselang-seli dengan catatan yang tidak seberapa ini.
![]() |
| Kucing kesayangan John yang berusia 13 tahun. |
![]() |
| Anak teruna saya sempat bermain buaian di bawah pokok epal yang ditanam di sekitar barn ini. Terdapat 2 jenis pokok epal yang digunakan untuk masakan serta khas untuk dimakan. |
![]() |
| Sempat bergambar bersama Mithal & John sebelum pulang ke Cambourne |
To Mithal & John ;
Appreciate for your warm welcome & Thank you for having us!!!!! See you next time mate!!!






No comments:
Post a Comment