Friday, 9 December 2016

Kembara Tin : Antara Koleksi Figs Terawal Yang Dikumpulkan

Assalamualaikum Figgers!! Agak lama Kembara Tin menyepi tanpa sebarang post. Sedikit sibuk dengan tugas seharian. Alhamdulillah diizinkanNya untuk menulis lagi, biarpun ringkas dalam post kali ini. 

Singkapan memori pada : 29 Julai 2016

Pada tarikh ini beberapa jenis tin berjaya dikumpulkan melalui pembelian di Nursery sekitar United Kingdom dan Eropah. Boleh tahan juga jika nak disenaraikan. Kategori "Newbie" lagi di dalam dunia "Figs". Baru 16 jenis :-

1. Col De Dama Blanca
2. Rogue De Bordeaux
3. Panachee Tiger
4. Ficus Flat
5. Ice Cristal
6. Sultane
7. Brown Italian
8. Fingered Giant
9. Voilette Dauphine
10. Precoce De Dalmatie
11. Paretta
12. Jumbo (Vasanata)
13. Signora
14. Babits
15. Portogallo
16. Pedro

Dapat buat "repot" pun dah terasa seronok sangat. Baru terasa, seronoknya berbakti pada tanah yang mana satu ketika dulu sewaktu di Malaysia, saya tidak berkesempatan untuk melakukannya

Inilah antara pokok pertama saya disini untuk berjinak-jinak di dalam dunia tin. 
Portogallo
Pemberi semangat utama untuk saya. Seronok sebenarnya berkebun dengan anak dan isteri. Trust me!


Namun, "better late than never right"?? Tak terjun, tak tau. Pada waktu ini, industri tin di Malaysia baru berusia sekitar 2-3 tahun (mula dikomersialkan). Saya tak berkesempatan memiliki pohon tin yang marhaen dan sesuai untuk dimiliki peminat tin yang baru di Malaysia waktu ini seperti IBT (Improved Brown Turkey), Matsui Dauphine, BTM6, Red Khurtmani dan sebagainya untuk berjinak-jinak dalam dunia tin ini. Terima kasih buat sahabat di Malaysia, Saudara Mahfuz dan Ahmad Tarmizi yang memberi galakan bagi mencari baka pohon tin di sini yang boleh dikembangkan di Malaysia. 

Apapun, diharapkan fenomena "demam tak kebah" bagi peminat-peminat baru tin di tanahair akan terus bersemarak. Malaysia secara keseluruhannya dikurniakan iklim yang agak sesuai bagi penanaman tin ini. Terima kasih diucapkan kepada pelopor awal penanaman pohon tin di Malaysia yang telah bersusah payah menyemai rasa minat terhadap pohon syurga ini di Malaysia. Memang diakui, ianya bukanlah perkara yang mudah. Banyak pengorbanan yang dilakukan bagi mendapatkan variety terbaik di seluruh dunia untuk dibiak dan dikomersialkan di Malaysia. "BUKAN SENANG". Tahniah diucapkan pada mereka yang telah berjaya meletakkan diri sebagai pengusaha tin yang berjaya. 


 KEMBARA TIN 

No comments:

Post a Comment