Assalamualaikum Figgers!! Agak lama Kembara Tin menyepi tanpa sebarang post. Sedikit sibuk dengan tugas seharian. Alhamdulillah diizinkanNya untuk menulis lagi, biarpun ringkas dalam post kali ini.
Singkapan memori pada : 29 Julai 2016
Pada
tarikh ini beberapa jenis tin berjaya dikumpulkan melalui pembelian di Nursery
sekitar United Kingdom dan Eropah. Boleh tahan juga jika nak disenaraikan.
Kategori "Newbie" lagi di dalam dunia "Figs". Baru 16 jenis
:-
1. Col
De Dama Blanca
2.
Rogue De Bordeaux
3.
Panachee Tiger
4.
Ficus Flat
5. Ice
Cristal
6.
Sultane
7.
Brown Italian
8.
Fingered Giant
9.
Voilette Dauphine
10.
Precoce De Dalmatie
11.
Paretta
12.
Jumbo (Vasanata)
13.
Signora
14.
Babits
15.
Portogallo
16. Pedro
![]() |
| Dapat buat "repot" pun dah terasa seronok sangat. Baru terasa, seronoknya berbakti pada tanah yang mana satu ketika dulu sewaktu di Malaysia, saya tidak berkesempatan untuk melakukannya |
![]() |
| Inilah antara pokok pertama saya disini untuk berjinak-jinak di dalam dunia tin. |
![]() |
| Portogallo |
![]() |
| Pemberi semangat utama untuk saya. Seronok sebenarnya berkebun dengan anak dan isteri. Trust me! |
Namun, "better late than never right"?? Tak terjun, tak tau. Pada waktu ini, industri
tin di Malaysia baru berusia sekitar 2-3 tahun (mula dikomersialkan). Saya tak
berkesempatan memiliki pohon tin yang marhaen dan sesuai untuk dimiliki peminat
tin yang baru di Malaysia waktu ini seperti IBT (Improved Brown Turkey), Matsui
Dauphine, BTM6, Red Khurtmani dan sebagainya untuk berjinak-jinak dalam dunia
tin ini. Terima kasih buat sahabat di Malaysia, Saudara Mahfuz dan Ahmad
Tarmizi yang memberi galakan bagi mencari baka pohon tin di sini yang boleh
dikembangkan di Malaysia.
Apapun,
diharapkan fenomena "demam tak kebah" bagi peminat-peminat baru tin
di tanahair akan terus bersemarak. Malaysia secara keseluruhannya dikurniakan
iklim yang agak sesuai bagi penanaman tin ini. Terima kasih diucapkan kepada
pelopor awal penanaman pohon tin di Malaysia yang telah bersusah payah menyemai
rasa minat terhadap pohon syurga ini di Malaysia. Memang diakui, ianya bukanlah
perkara yang mudah. Banyak pengorbanan yang dilakukan bagi mendapatkan variety
terbaik di seluruh dunia untuk dibiak dan dikomersialkan di Malaysia.
"BUKAN SENANG". Tahniah diucapkan pada mereka yang telah berjaya
meletakkan diri sebagai pengusaha tin yang berjaya.
KEMBARA TIN



