Friday, 9 December 2016

Kembara Tin : Antara Koleksi Figs Terawal Yang Dikumpulkan

Assalamualaikum Figgers!! Agak lama Kembara Tin menyepi tanpa sebarang post. Sedikit sibuk dengan tugas seharian. Alhamdulillah diizinkanNya untuk menulis lagi, biarpun ringkas dalam post kali ini. 

Singkapan memori pada : 29 Julai 2016

Pada tarikh ini beberapa jenis tin berjaya dikumpulkan melalui pembelian di Nursery sekitar United Kingdom dan Eropah. Boleh tahan juga jika nak disenaraikan. Kategori "Newbie" lagi di dalam dunia "Figs". Baru 16 jenis :-

1. Col De Dama Blanca
2. Rogue De Bordeaux
3. Panachee Tiger
4. Ficus Flat
5. Ice Cristal
6. Sultane
7. Brown Italian
8. Fingered Giant
9. Voilette Dauphine
10. Precoce De Dalmatie
11. Paretta
12. Jumbo (Vasanata)
13. Signora
14. Babits
15. Portogallo
16. Pedro

Dapat buat "repot" pun dah terasa seronok sangat. Baru terasa, seronoknya berbakti pada tanah yang mana satu ketika dulu sewaktu di Malaysia, saya tidak berkesempatan untuk melakukannya

Inilah antara pokok pertama saya disini untuk berjinak-jinak di dalam dunia tin. 
Portogallo
Pemberi semangat utama untuk saya. Seronok sebenarnya berkebun dengan anak dan isteri. Trust me!


Namun, "better late than never right"?? Tak terjun, tak tau. Pada waktu ini, industri tin di Malaysia baru berusia sekitar 2-3 tahun (mula dikomersialkan). Saya tak berkesempatan memiliki pohon tin yang marhaen dan sesuai untuk dimiliki peminat tin yang baru di Malaysia waktu ini seperti IBT (Improved Brown Turkey), Matsui Dauphine, BTM6, Red Khurtmani dan sebagainya untuk berjinak-jinak dalam dunia tin ini. Terima kasih buat sahabat di Malaysia, Saudara Mahfuz dan Ahmad Tarmizi yang memberi galakan bagi mencari baka pohon tin di sini yang boleh dikembangkan di Malaysia. 

Apapun, diharapkan fenomena "demam tak kebah" bagi peminat-peminat baru tin di tanahair akan terus bersemarak. Malaysia secara keseluruhannya dikurniakan iklim yang agak sesuai bagi penanaman tin ini. Terima kasih diucapkan kepada pelopor awal penanaman pohon tin di Malaysia yang telah bersusah payah menyemai rasa minat terhadap pohon syurga ini di Malaysia. Memang diakui, ianya bukanlah perkara yang mudah. Banyak pengorbanan yang dilakukan bagi mendapatkan variety terbaik di seluruh dunia untuk dibiak dan dikomersialkan di Malaysia. "BUKAN SENANG". Tahniah diucapkan pada mereka yang telah berjaya meletakkan diri sebagai pengusaha tin yang berjaya. 


 KEMBARA TIN 

Friday, 21 October 2016

Toft Figs Varieties (Unidentified) - Siri 2


Bertemu kembali...

Hari ini berpeluang lagi untuk menulis. Duit boleh dicari.. pengalaman tak boleh dibeli.. Indahnya kehidupan!! terlalu banyak rahsia alam yang cukup indah dan masih belum diterokai. Moga diizinkanNya untuk bertapak lama di sini. Amin..

Bila berada di sekitar kawasan ini, jelas ketenangan yang dirasai oleh John. Jauh di sudut hati, memang teringin sekali untuk bersara awal dengan kewangan yang kukuh dan menghabiskan sisa hidup bersama yang tersayang dan memberi sumbangan kepada komuniti sekeliling. Hidup kita terlalu singkat. berkejaran ke sana ke mari, tenggelam dengan kesibukan bekerja dan mengejar kewangan yang belum tentu mencukupi. Penat dan lelah bila memikirkan apa yang dilalui sebelum ini.  Semoga impian ini tercapai. 

Jom kita sambung kisah di Toft, Cambridge.. biarlah gambar berbicara diselang-seli dengan catatan yang tidak seberapa ini.



Ingat lagi dalam post terdahulu saya ada nyatakan "Barn" yang didiami oleh John sekeluarga berusia 300 tahun? Inilah gambar "barn" yang dimaksudkan. "Impressive"!!! biarpun berusia 300 tahun, John telah menyelenggara dan mengubahsuai tanpa mengubah struktur utama barn tersebut. Beliau memasang bumbung dari rumput "straw" (straw roof) yang menelan belanja sebanyak GBP80,000!!! Selalunya kami hanya melihat dari jauh barn yang berada di tepian jalan di kawasan ini, tetapi alhamdulillah hari ini kami dapat masuk dan menikmati tea bersama tuannya. 

Kucing kesayangan John yang berusia 13 tahun.

Anak teruna saya sempat bermain buaian di bawah pokok epal yang ditanam di sekitar barn ini. Terdapat 2 jenis pokok epal yang digunakan untuk masakan serta khas untuk dimakan.

Hari ni berpeluang kami sekeluarga meluangkan masa untuk "mengasah" kembali bakat mengait buah-buahan "tempatan" di sini. Epalnya sedikit kecil tetapi manis, lemak dan "crunchy". Pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan dan tidak boleh dibeli. 

Sedikit "buah tangan" keratan pokok tin yang dibawa pulang ke Cambourne. John masih mempelawa untuk kami ke sana semula sekiranya ingin menikmati buah epal, berkehendakkan keratan tin atau sekadar menikmati "english tea" bersama keluarganya.

Sempat bergambar bersama Mithal & John sebelum pulang ke Cambourne

To Mithal & John ;

Appreciate for your warm welcome & Thank you for having us!!!!! See you next time mate!!!



Thursday, 20 October 2016

Toft Figs Varieties (Unidentified) - Siri 1

15102016 - Besar rasa hati kami sekeluarga dijemput ke Toft, satu perkampungan di dalam daerah Cambridge, United Kingdom. Kawasan ini  merupakan perkampungan yang dikelilingi ladang apple, oaks dan mulberry.

Tujuan utama kami ke sana utk bertemu sahabat lama, mithal yang tinggal bersama-sama keluarga john. John merupakan ex-art lecturer di University Cambridge dan berkemahiran dalam bidang ukiran dan pertanian. Beliau menjadikan kawasan "barn" dan tanah miliknya sebagai galeri seni beliau. Kepelbagaian pokok di tanam di situ diselangselikan dengan hasil karya ukiran seni beliau.
Berumur lebih 70 tahun, beliau masih lagi aktif mengukir dan bercucuk tanam atas dasar minat yang tinggi. "Barn" yang didiami beliau diwarisi dari nenek moyangnya dan telah berusia 300 tahun. Beliau menambahbaik "barn" tersebut yang menjadikannya sentiasa "hidup" dan diselenggara dengan baik.

Di dalam kerancakan kami berbual sambil menikmati "english tea" di halaman rumah beliau, dan sedang Raees sibuk melayan kucing kesayangan Mr John, saya terpandang 2 pohon pokok tin yang besar berada di antara bengkel ukiran dan barn beliau.

Teruja melihat 2 pohon tin yang telah di"prun" dahannya, secara spontan, saya bertanya kepada John berkenaan pohon tin tersebut dan berhasrat untuk memiliki keratan tin untuk ditanam. Alhamdulillah, permintaan saya disambut baik olehnya.

Menurut beliau, 2 pohon tin tersebut telah ditanam di situ 20 tahun yang dahulu. 2 jenis tin tersebut menghasilkan buah berwarna merah dan coklat. "Variety"nya tidak diketahui. Mr. John terpaksa memotong dahannya kerana ianya terlalu rimbun dan memasuki kawasan jiran dan mengganggu atap bengkel seninya.

Setelah memohon kebenaran dengan girangnya saya dibantu mithal memotong dahan "fresh" untuk sebagai "cutting" yang akan ditanam. Berkemungkinan di sini agak sukar untuk dicambahkan akarnya kerana telah mula memasuki musim luruh, saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke Malaysia untuk ditanam di sana. bermulalah satu episode "penyediaan cutting terawat" dalam diari figs saya. (akan diceritakan dalam post yang akan datang).

Semoga cutting 2 jenis variety ini akan hidup subur dan membuahkan hasil di sini dan di Malaysia dengan izinNya.

Moga diberkati!!

Untuk tatapan lanjut sila ke : https://www.facebook.com/kembaratinUK/

Untuk tatapan video sila klik : https://www.facebook.com/kembaratinUK/videos/691873044302630/



Pohon Tin yang dimaksudkan penulis. Menurut John (Landord), kedua-dua pokok ini menghasikan buah yang berwarna merah dan coklat.


Sesi "potong-memotong"

John yang kini mencecah umur lebih 70 tahun menunjukkan pokok figs yang telah ditanamnya 20 tahun yang lepas. Beliau masih sihat dan cukup bersemangat meneruskan minatnya terhadap seni ukiran. Dengan kehidupan yang ringkas, tenang dan melakukan sesuatu yang diminati beliau kelihatan cukup gembira. Itulah "NILAI" kehidupan yang susah untuk dikecapi oleh kita.  

John menunjukkan ukiran tapak kaki yang diukir menggunakan batu

Buah daripada salah satu variety pokok tin tersebut. Masih belum masak sepenuhnya

Bersambung... #007





Sunday, 16 October 2016

Pokok Figs Jumbo (Vasanata)


Figs Tree : Jumbo (Vasanata)
Buahnya super besar
Apa pun tunggu berbuah la ye..
DOB : 09022016
Waktu ni usianya dalam 5 bulan

Pokok Figs Jumbo (Vasanata) ini merupakan variety yang mempunyai buah yang besar melebihi 100g. Seronok kalau dapat komersialkan buah ini dan hasilkan produk hiliran lain untuk buah tin seperti jam, teh, cookies dan sebagainya. Mana tau dalam setahun dua lagi ada "Jus Kembara Tin".

Apapun harapnya satu hari nanti ia dapat ditanam di Malaysia. Sekarang ni orang utara cakap "dah macam jakun jadinya" sebab tiap hari lepas balik kerja, ke belakang umah dulu dok "membelai pokok". Orang ganu cakap "berat 66". Tapi apapun memang release stress bila membelai pokok ni.









Kenangan pasang green house rack


Green house rack ini dibeli di B&M dengan harga GBP20 pada 27.06.2016. Saja nak ready untuk winter walaupun masih dalam bulan Jun.. Lambat lagi winternya. Saja gatai tangan pi beli, nak nampak teratur pokok yang ada. Di bawah ni gambar keadaan belakang rumah yang masih belum penuh dengan pokok tin. Yang ada hanyalah pokok tin yang masih kecil dan belum berbuah. Harapnya mereka akan kekal subur. InsyaAllah.


Another 5 arrived!! Babits, Portogallo, Pedro, Signora 2x




04 Jun 2016 - 5 pokok figs tiba di rumah... Excited sangat sebab semakin bertambah variety figs. Kemas cara seller membungkus pokok. Nampaknya kena ke pasaraya cari tanah hitam dan pasu baru.

#Feeling excited in Cambridge, United Kingdom.

GUSTISSIMO SERIES DARI SWISS


03082016 - Parcel dari Swiss sampai... 9 beradik Gustissimo.
Pokoknyer tinggi belake.. lebih tinggi dari raees.. siap berbuah lagi.. cukup puas hati
1. G. Paretta
2. G. Morena
3. G. Early Dark
4. G. Mere Veronique
5. G. Two Timer
6. G. Rosetta
7. G. Rossa Rotonda
8. G. Bianca
9. G. Califfo Blue
Alhamdulillah...

#002

Sunday, 2 October 2016

POKOK TIN PERTAMA

Sila like Facebook Page kami di : https://www.facebook.com/Kembara-Tin-UK-678684688954799/


Pokok Figs Pertama dari "Variety Panache Tiger"

Syukur Masa Terluang Di Sini Utk Berbakti Pada Tanah. Figs Ficus @ Tin Pilihan Hati. Terima Kasih Buat Sahabat di Malaysia Atas Galakan. Moga DiberkatiNYA

Hari ini 02.06.2016 pokok pertama yang ditempah telah selamat sampai di Cambridge. Permulaan hobiku yang selama ini tak dapat dilaksanakan sewaktu di Malaysia. 

Alhamdulillah berbekal masa yang sedikit terluang, setelah pulang dari kerja, aktiviti berkebun dimulakan dengan ditemani anak terunaku Raees Al Razeen.

Moga permulaan hobi ini akan menambah keberkatan, dan meningkatkan hubungan antara bapa, ibu dan anak. 

Rasanya minat ini akan berikan kesan positif hubungan bapa dan anak termasuklah ibunya kerana melaksanakan sesuatu hobi bersama-sama.

Masa bersama yang tidak ternilai dalam unit yang dipanggil keluarga.