15102016 - Besar rasa hati kami sekeluarga dijemput ke Toft, satu perkampungan di dalam daerah Cambridge, United Kingdom. Kawasan ini merupakan perkampungan yang dikelilingi ladang apple, oaks dan mulberry.
Tujuan utama kami ke sana utk bertemu sahabat lama, mithal yang tinggal bersama-sama keluarga john. John merupakan ex-art lecturer di University Cambridge dan berkemahiran dalam bidang ukiran dan pertanian. Beliau menjadikan kawasan "barn" dan tanah miliknya sebagai galeri seni beliau. Kepelbagaian pokok di tanam di situ diselangselikan dengan hasil karya ukiran seni beliau.
Berumur lebih 70 tahun, beliau masih lagi aktif mengukir dan bercucuk tanam atas dasar minat yang tinggi. "Barn" yang didiami beliau diwarisi dari nenek moyangnya dan telah berusia 300 tahun. Beliau menambahbaik "barn" tersebut yang menjadikannya sentiasa "hidup" dan diselenggara dengan baik.
Di dalam kerancakan kami berbual sambil menikmati "english tea" di halaman rumah beliau, dan sedang Raees sibuk melayan kucing kesayangan Mr John, saya terpandang 2 pohon pokok tin yang besar berada di antara bengkel ukiran dan barn beliau.
Teruja melihat 2 pohon tin yang telah di"prun" dahannya, secara spontan, saya bertanya kepada John berkenaan pohon tin tersebut dan berhasrat untuk memiliki keratan tin untuk ditanam. Alhamdulillah, permintaan saya disambut baik olehnya.
Menurut beliau, 2 pohon tin tersebut telah ditanam di situ 20 tahun yang dahulu. 2 jenis tin tersebut menghasilkan buah berwarna merah dan coklat. "Variety"nya tidak diketahui. Mr. John terpaksa memotong dahannya kerana ianya terlalu rimbun dan memasuki kawasan jiran dan mengganggu atap bengkel seninya.
Setelah memohon kebenaran dengan girangnya saya dibantu mithal memotong dahan "fresh" untuk sebagai "cutting" yang akan ditanam. Berkemungkinan di sini agak sukar untuk dicambahkan akarnya kerana telah mula memasuki musim luruh, saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke Malaysia untuk ditanam di sana. bermulalah satu episode "penyediaan cutting terawat" dalam diari figs saya. (akan diceritakan dalam post yang akan datang).
Semoga cutting 2 jenis variety ini akan hidup subur dan membuahkan hasil di sini dan di Malaysia dengan izinNya.
Moga diberkati!!
Untuk tatapan lanjut sila ke : https://www.facebook.com/kembaratinUK/
Untuk tatapan video sila klik : https://www.facebook.com/kembaratinUK/videos/691873044302630/
Bersambung... #007

![]() |
| Pohon Tin yang dimaksudkan penulis. Menurut John (Landord), kedua-dua pokok ini menghasikan buah yang berwarna merah dan coklat. |
![]() |
| Sesi "potong-memotong" |
![]() |
| John menunjukkan ukiran tapak kaki yang diukir menggunakan batu |
![]() |
| Buah daripada salah satu variety pokok tin tersebut. Masih belum masak sepenuhnya |
Bersambung... #007

No comments:
Post a Comment