Saturday, 21 January 2017

9 Gustissimo Series Dari Lubera (Koleksi Lengkap Pertama)


Assalamualaikum Figgers!!

GUSTISSIMO SERIES

Bermula dengan 16 cultivar yang diceritakan dalam pos yang terdahulu, saya beralih kepada salah satu daripada Nursery yang terkemuka di Swiss iaitu Lubera untuk mendapatkan 9 cultivar ekslusif mereka.

1. Gustissimo Rossa Rotonda
2. Gustissimo Califfo Blue
3. Gustissimo Morena
4. Gustissimo Mere Veronique
5. Gustissimo Paretta
6. Gustissimo Bianca
7. Gustissimo 2 Timer
8. Gustissimo Early Dark
9. Gustissimo Rosetta

Seronok sebenarnya membeli dari Lubera. Pokok Tin yang sampai berkeadaan baik, dibungkus kemas lengkap dengan tagging yang ekslusif.

Pokoknya kebanyakkan siap berbuah, hanya tunggu masak sahaja.

Gustissimo Califfo Blue yang siap berbuah dalam pasu 14liter - puas hati sangat
9 beradik Gustissimo selamat sampai di sini pada 03 Ogos 2016. Hati saya girang sekali. Laman di belakang rumah akan terisi dengan pokok tin  dewasa dan tak sabar untuk menunggu buahnya masak. Selalunya buah tin dibeli dari pasar atau nursery yang berdekatan dengan rumah. Dan kini ada harapan untuk makan buah dari pokok tin yang dijaga dan buahnya dipetik sendiri.

Maka bermulalah gotong royong bersama anak dan isteri mengatur dan menyusun pokok di belakang rumah. Jadual siraman siap disediakan. Seperti biasa, isteri akan menyiram pokok di waktu pagi dan jika berkesempatan di hari minggu saya yang mengambil alih tugas tersebut. Pada waktu ini masih musim panas, dan di sini kebanyakan pokok tin akan berbuah dan menunggu masak sekitar akhir Ogos atau September.

Apabila masuk Oktober, pokok akan mula bertukar menjadi kuning, petanda musim luruh akan bermula. Hanya sebahagian buah yang akan sempat masak secara semulajadi. Sebahagian lagi mungkin akan terbantut, dan kering apabila berakhirnya musim luruh dan masuk ke musim sejuk.

Saya dan keluarga sempat merasa 2 jenis buah tin dari cultivar Rossa Rotonda dan Califfo Blue. Cukup sedap dan manisnya tak terkata. Apapun, Rossa Rotonda menjadi kegemaran isteri yang sebelum ini tidak pernah merasa buah tin yang segar yang dipetik dari pokok. Saya akan ceritakan nanti dalam post seterusnya tentang struktur buahnya. 

Sihat kan pokoknya???

Gustissimo series ini merupakan batu loncatan untuk saya terus mencari cultivar lain dalam dunia tin. Apabila telah merasa sendiri buah tin yang dipetik dari pokok, minat terhadap tin semakin tinggi. maka terdetik dalam hati untuk mendapatkan cultivar lain dari "Collector" tin yang terkemuka di sini. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan dengan menemukan dengan beberapa collector tin dari France dan Italy dengan izinNYA yang sanggup menghantar koleksi mereka ke sini. Syukur!!

Benarlah, jika kita yakin dengan akan nikmat dan rezekiNYA dan berusaha, insyaAllah akan dipermudahkan.